Penyelaras Kursus


PENYELARAS KURSUS BAGI JABATAN PENGAJIAN AM 2017




PENYELARAS : MOHD NAZIMI ZAIM BIN ISMAIL
KOD KURSUS : DUB1012
NAMA KURSUS : PENGAJIAN MALAYSIA

SEMESTER : 1

PENGENALAN

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA memupuk penghayatan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara. Kursus ini juga dapat mendidik kelompok masyarakat yang mempunyai daya juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran di peringkat antarabangsa. Kursus ini memberi penghayatan tentang sejarah dan politik, perlembagaan Malaysia, kemasyarakatan dan perpaduan, pembangunan negara dan isu-isu keprihatinan negara. Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan warganegara yang setia dan cintakan negara, berwawasan serta bangga menjadi rakyat Malaysia.



PENYELARAS : JAMILAH BINTI ISMAIL
KOD KURSUS : DUB2012
NAMA KURSUS //NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

SEMESTER : 2


PENGENALAN

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA membincangkan aspek sejarah pembentukan Malaysia, nilai-nilai agama serta adat resam dan budaya masyarakat majmuk. Selain itu, pelajar diberi kefahaman mengenai tanggungjawab individu dalam kehidupan dan cabaran-cabaran dalam membangunkan masyarakat Malaysia.



PENYELARAS : SUHAILA BINTI MUSTAFFA
KOD KURSUS : SUA 1011
NAMA KURSUS :PENDIDIKAN ISLAM 1( KHAS)

SEMESTER : 1



PENGENALAN

PENDIDIKAN ISLAM 1 memperkenalkan kepada para pelajar tentang cara hidup Islam yang lengkap dan sempurna melalui penghayatan konsep akidah, ibadah (toharah) dan akhlak Islam.



PENYELARAS : ROSMAWATI RAZAK
KOD KURSUS : DUA6022
NAMA KURSUS: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

SEMESTER : 5 & 6

 

PENGENALAN KURSUS :

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM memfokuskan kepada penguasaan konsep, kemahiran komunikasi dan penyiaran Islam bagi meningkatkan kefahaman pelajar secara holistik terhadap kursus ini.Kursus ini mengandungi 3 bab utama iaitu konsep komunikasi, konsep penyiaran dan cabaran komunikasi dan penyiaran dalam Islam



PENYELARAS : ROSHADAH BINTI ABU BAKAR
KOD KURSUS : DUA 2032
NAMA KURSUS: PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM



SINOPSIS :  

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM memberi pengetahuan tentang konsep asas Islam dan seterusnya membincangkan konsep pelancongan dan hospitaliti mengikut perspektif Islam. Ia merangkumi penyediaan rumah penginapan, makanan, layanan terhadap tetamu dan hubungan alam sekitar dalam bidang pelancongan. Seterusnya membincangkan konsep asas kaedah fiqh, nilai-nilai estetika Islam dalam bidang tersebut dan seterusnya membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengannya.


PENYELARAS : RAZAK BIN NORDIN

1. PUB 2014-Study Skills

SYNOPSIS

STUDY SKILLS aims to acquaint student with the necessary skills and tools that will inspire clear, purposeful direction for educational success. The course encompasses goal setting to make learning more meaningful. It equips students with the skills needed to learn effectively through active reading and effective organisation of notes. Students will also be able to match their learning styles to suitable study habits to optimize learning. This course also exposes students to information gathering that will help them become more resourceful learners.

2. PUB 1012 : Introduction To Human Develepment.

SYNOPSIS

HUMAN DEVELOPMENT exposes students to the understanding of human existence scientific and Islamic perspectives. It emphasizes on the importance of understanding the theory of human and humanity development. The course also stresses on the relevance of cognitive development in the acquisition of knowledge and nationalistic.

3. MPU 2022 Pendidikan Moral.

SINOPSIS

Pendidikan Moral memberi pengetahuan tentang konsep asas moral. Kursus ini menekankan konsep dan teori moral serta peranan individu terhadap masyarakat dan negara. Kursus ini juga menerangkan elemen-elemen yang mencabar nilai moral di politeknik.



Penyelaras Kursus :NORZIRA BINTI AHMAD
Nama kursus/modul :  PENGURUSAN DALAM ISLAM
Kod kursus : DUA 2022
Semester dan tahun ditawarkan : Semester 2 / tahun 2
Nilai kredit : 2
Prasyarat (jika berkenaan) : Tiada



Sinopsis

Pengurusan Dalam Islam diperkenalkan untuk memberikan kefahaman kepada para pelajar konsep asas pengurusan Islam dan sejarah pengurusan di zaman Rasulullah SAW. Kursus ini juga membincangkan prinsip, etika, amalan terbaik pengurusan dan komunikasi dalam organisasi mengikut acuan pengurusan Islam.



Nama kursus/modul :  PENGAJIAN MALAYSIA
Kod kursus : MPU1012
PENYELARAS : HAMDAN BIN ZAKARIA

Sinopsis
    Pengajian Malaysia memupuk penghayatan ke arah melahirkan warganegara yang setia dan cinta kepada negara, berwawasan, bangga sebagai rakyat Malaysia, mampu menghadapai cabaran ke arah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati peranan Malaysia di arena antarabangsa. Selain itu, cabaran-cabaran semasa yang didapati oleh Malaysia turut mendapat liputan di dalam kursus ini. Pendedahan kursus kepada zaman prasejarah Malaysia, zaman kemerdekaan, pembentukan Malaysia, sistem dan struktur pentadbiran negara, sistem demokrasi di Malaysia, perlembagaan, dasar-dasar utama dan juga isu-isu semasa sosial dan politik di Malaysia.

  
Kod Kursus: DUA2012
Kursus :Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
Penyelaras: HAMDAN BIN ZAKARIA
   Sinopsis
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam memberi pengetahuan tentang konsep Islam sebagai al-Din dan seterusnya membincangkan konsep sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam serta impaknya, pencapaiannya dalam tamadun Islam, prinsip serta peranan syariah dan etika Islam, peranan kaedah fiqh serta aplikasinya.

INFO SEMASA JPA PTSS
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

PELAWAT

Flag Counter