Wednesday, 16 January 2019

Karnival Mahabbah JPA PTSS 2019

Karnival Mahabbah JPA PTSS 2019

Rabu : 16 Jan 2019
Dewan Kuliah 1

Karnival Mahabbah JPA PTSS telah diadakan kali ini pada hari Rabu 16 Januari 2019 bertempat di Dewan Kuliah 1. Antara Acara Pertandingan yang dijalankan adalah seperti berikut Pertandingan Azan, Kuiz, Khat, Hafazan dan Nasyid. Selain itu diadakan juga pertandingan Poster Competition, Scrabble, Spelling Bee dan Short Story Writing. Antara Tujuan Karnival ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat di kalangan palajar PTSS di samping mengeratkan hubungan mahabbah sesama mereka. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa. Tuan Pengarah PTTS sudi hadir bagi merasmikan Majlis  Karnival Mahabbah JPA PTSS kali ini. Terima Kasih. Sekalung Budi buat semua Warga JPA yang terlibat secara langsung ataupun tidak bagi menjayakan Karnival Mahabbah JPA kali ini. Terima Kasih Semua.

Tuesday, 6 November 2018

PROGRAM PALESTIN DIHATIKU

Program Palestin Dihatiku.

Oleh Ustazah Roshadah bt Abu Bakar



Satu program kutipan sumbangan derma dan bual bicara mengenai masyarakat Palestin  merupakan kerjasama dengan kelas DEO5B, Rakan Pusat Islam, UPIM(JPA) dan NGO Aman Palestin Perlis. Projek ini disasarkan kepada semua pelajar dan staf Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.




OBJEKTIF PROGRAM

2.1            Memberi kesedaran kemanusiaan tentang penderitaan masyarakat Palestin
2.2            Melahirkan sikap pemurah dengan sumbangan ikhlas kepada masyarakat Palestin
2.3            Melahirkan rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap isu global dunia di  Palestin
2.4      Memupuk sikap saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam mencari redha Allah SWT.
2.5   Mengeratkan silaturahim dengan komuniti luar sekitar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.



BUTIRAN PROGRAM

Nama Program     : Program Palestin Dihatiku
Tarikh Program    : 07/08/2018

Masa                       :  8.00  -11.00 malam
Tempat Program   : Dewan Harum Manis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Anjuran                   : Rakan Pusat Islam PTSS (RaPI), UPIM, JPA, Pelajar Kelas DOE5B dan
                                   Aman Palestin cawangan Negeri Perlis.













Thursday, 18 October 2018

Penangguhan Program Pemantapan Sahsiah-Usrah Sesi Jun 2018

Penangguhan Program Pemantapan Sahsiah-Usrah Sesi Jun 2018

Oleh Ustazah Roshadah bt Abu Bakar

RAPI adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin bagi mewujudkan suasana Islam dalam kalangan pelajar dan membantu melaksanakan aktiviti dakwah kepada para pelajar di Politeknik ini. Ahli RAPI juga dilatih supaya bijak untuk  membahagikan masa untuk akademik dan kerohanian. Justeru itu, Malam Penangguhan Usrah Semester 1 anjuran Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM) dengan kerjasama Rakan Pusat Islam (RAPI) dan JPKK ini adalah untuk meraikan kecemerlangan pelajar semester 1 yang  memberi komitmen yang baik sepanjang program Pemanatapan Sahsiah Semester 1 (Usrah) berlangsung . Selain itu juga, program ini adalah untuk memberi penghargaan kepada setiap fasilitator kerana telah menyumbang tenaga dan bakti sepanjang berlangsungnya program usrah di politeknik ini.

1.0                   OBJEKTIF PROGRAM

•   Memberi penghargaan kepada pelajar semester 1 yang memberi komitmen sepanjang program usrah berlangsung.

•   Memberikan penghargaan kepada fasilitator yang telah menjalankan amanah dengan baik sepanjang berlangsungnya program ini.

•   Mengembangkan bakat ahli-ahli RAPI dari segi kepimpinan, keyakinan diri, pengetahuan dan berkemahiran untuk menguruskan program.


• Menangguhkan program Pemantapan Sahsiah Semester 1 untuk dijalankan semula       pada semester hadapan. 






3rd Innovation Competition (INNOCOM) 2018







16 - 18 Oktober 2018
3rd Innovation Competition (INNOCOM) 2018
Dewan Harumanis PTSS PERLIS









Monday, 1 October 2018

Hari Pengajian Malaysia Sesi Jun 2018

Hari Pengajian Malaysia Sesi Jun 2018



Tarikh : 29/09/2018
Masa   : 7.30 pg - 12.00tgh
Hari     : Sabtu
Tempat : Pusat Islam Lukman al-Hakim



Program Hari Pengajian Am Kali ini telah diadakan pada 29 Sept 2018 bertempat di Pusat Islam Lukman al-Hakim. Program ini dijalankan sebagai memenuhi Kursus Wajib Kepada pelajar semester satu yang mengambil subjek DUB 1012-Pengajian Malaysia di samping memupuk penghayatan pelajar ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara. Antara aktiviti yang dijalankan kali ini adalah Pertandingan Mewarna, Pameran, Sukaneka dan Sukan Rakyat, Explorace, rekacipta logo, Jualan Amal dan lain-lain lagi.

Tuesday, 25 September 2018

MPEF 2018






MPEF 2018

MALAYSIAN POLYTECHNIC ENGLISH FESTIVAL- MPEF




1.ENGLISH DEBATE COMPETITION
2.ENGLISH STORY -TELLING COMPETITION
3.ENGLISH NEWSCASTING COMPETITION
4.ENGLISH PUBLIC SPEAKING COMPETITION

Malaysian Polytechnic English Festival (MPEF) 2018, telah diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, Malaysia, ianya telah dijalankan pada 25-26 September 2017. Program ini telah disertai oleh 25 institusi baik yang berada di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Antara politeknik yang menyertai program ini adalah Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sulatan Abdul Halim Mu`adzzam Shah, Politeknik Kota Bharu, Politeknik Kuching, Politeknik Port Dicson, Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Seberang Perai, Politeknik Melaka, Politeknik Sultan Mizan Zainal Anidin, Politeknik Merlimau, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politekniik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Sultan Idris Shah, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Politeknik Jeli, Politeknik Nilai, Politeknik Banting, Politeknik Metro Kuala Lumpur, Politeknik Metro Kuantan, Politeknik Metro Johor Bharu, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Politeknik Ibrahim Sultan, Institusi Indonesia iaitu STMIK Budi Darma dan Politeknik Thailand iaitu Trat Polytechnic College. Setidaknya 168 peserta mengikuti kegiatan yang dilangsungkan selama 2 hari.

Program ini diletakkan di bawah Jabatan Pengajian AM, yang diketuai oleh puan Azlida binti Ahmad dan pengarah program MPEF 2018 iaitu Hasnizam Bin Hasan. Antara aktiviti yang dipertandingkan dalam Malaysian Polytechnic English Festival (MPEF) 2018, ialah: Public SpeakingNews CastingStory TellingEnglish Debate.  

Encik Abdul Malek Bin Hassan selaku Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan mengadakaan program kali ini . Program MPEF telah melaboh tirai pada 26 sept 2018 dan ianya telah dilaksanakan oleh Tuan Haji Wan Zulkifly Bin Wan Zakaria  yang merupakan Timbalan Pengarah dari Unit Pembangunan PelajarJabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)



Thursday, 13 September 2018

PPRISMA VII SESI JUN 2018

PPRISMA VII SESI JUN 2018



PROJEK PENGURUSAN SENI PERHOTELAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM.

PPRISMA merupakan projek ataupun tugasan yang diberikan kepada pelajar yang mengambil Kursus Pengurusan Islam, Perhotelan dan Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam bagi pelajar semester dua. Projek ini adalah sebahagian daripada kerja kursus yang diwajibkan kepada pelajar.

Antara tujuan projek ini dilaksanakan ialah :

1. Memenuhi Syarat Kursus yang diambil.
1. Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan rekaan terbaru berpandukan syariat.
2. Dapat memperkembangkan ilmu yang pelbagai dalam arus globalisasi yang mencabar pada hari ini.






INFO SEMASA JPA PTSS
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

PELAWAT

Flag Counter